Kerabat diraja Tengku_Amir_Shah

Majlis permasyhuran akan dilaksanakan apabila umur Tengku Amir mencapai umur 21 tahun. Tengku Amir tinggal bersama bapanya dan masih belajar.

Ayahandanya menjadi Sultan Selangor ke-9 .Dahulu, perlantikan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Raja Muda ke-8 pada 3 September 1960 dan dimasyhurkan pada 14 Mac 1970. Ketika itu Sultan Idris berusia 15 tahun dan pemasyhuran baginda sebagai Raja Muda Selangor ketika baginda berusia 25 tahun. [3] Sultan Idris berkahwin dengan Raja Zarina Binti Raja Tan Sri Zainal serta dikurniakan dua orang puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda bagaimanapun berpisah pada 1986. Pada 1988 baginda berkahwin pula dengan Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah, rakyat Amerika Syarikat dan dikurniakan seorang putera, Tengku Amir Shah Tengku Idris Shah. Baginda berpisah dengan Puan Nur Lisa Idris pada 1997. Tengku Idris Shah kini bersemayam di Istana Mestika, Shah Alam.[4]

Berkaitan